Anai-anai serangga yang unik, kenapa anai-anai unik? Anai-anai unik kerana anai-anai adalah satu-satunya serangga yang memakan kayu! Lebih tepat selulos kayu dan boleh menghadam selulos kayu tersebut untuk sumber gula protein.
Semut pun bukan hanya sekadar spray dan “settle” masalah. Kawalan semut juga mempunyai beberapa teknik yang bersesuaian dengan species semut. Jika hanya sekadar spray maka kawalan serangga itu akan menjadi gagal.
Berbalik kepada anai-anai para saintis dan entomologi atau ahli kaji serangga terus membuat kajian. Racun serangga yang mampu membunuh anai-anai dan di dalam masa yang sama, alam sekitar juga perlu dipelihara. Hasil dari kajian berpuluh-puluh tahun terdapat beberapa kaedah yang sangat berkesan untuk mengawal dan menghapus anai-anai.
Senarai kaedah tersebut tidak ada satu pun hanya spray boleh bunuh satu koloni. Mitos mengatakan hanya sembur dan seluruh koloni akan termusnah adalah tidak benar. Sehingga kini tidak ada saintis atau entomologi yang mengesahkan adanya produk ini.
Kaedah yang paling berkesan untuk kawal anai-anai ialah ;
1. Gerudi lubang dan pam racun ke dalam tanah – atau di panggil rawatan tanah anti anai-anai (corrective soil treatment) sangat berkesan untuk menjadikan sekeliling rumah sebagai lapisan bertoksik kepada anai-anai. Sekiranya penggerudian mengikut spesifikasi ditetapkan biasanya rawatan ini akan bertahan selama lebih 5-10 tahun.
Kaedah ini telah dipraktik lebih 70-80 tahun dan masih dianggap sebagai kaedah kawalan dan pencegahan yang terbaik. Rawatan tanah akan menjadi perisai atau barrier menghalang anai-anai menceroboh rumah atau premis kita dari bawah tanah.
2. Umpan anai-anai – teknik kawalan yang sedang mendapat sambutan kerana tidak perlu menebuk lantai. Mengguna umpan sangat selamat dan tidak bertoksik, biasanya mengambil masa 4-8 minggu untuk menghapus keseluruhan koloni anai-anai. Penggunaan umpan sangat disukai ramai kerana sistem umpan akan menghapus keseluruhan koloni anai-anai. Cuma kami perlu membuat susulan setiap 2-4 minggu sewaktu proses pengumpanan.
Sistem umpan sangat berkesan jika terdapat anai-anai hidup. Jika telah dispray dan tidak jumpa anai-anai yang hidup, memasang umpan adalah sia-sia.
Menyembur anai-anai mengguna racun atau aerosol adalah langkah yang merbahaya, kerana jika terdapat anai-anai yang terselamat dan terpisah dari koloni. Anai-anai ini akan membina koloni baharu, dan kerapkali di atas bumbung. Amat sukar untuk mengesan anai-anai yang berada di atas bumbung sehinggalah kerosakkan telah terjadi.
Oleh itu panggillah pakar untuk membuat pemeriksaan anai-anai dirumah anda sebelum terlambat. Jika inginkan pemeriksaan PERCUMA sekitar Lembah Klang boleh hubungi kami dengan klik link di bawah :