Umpan anai-anai? Saya beli di Shxxxx murah je!

Memang betul murah, tetapi umpan anai-anai kami tidak sama seperti yang dijual di atas talian. Memang betul harga umpan kami agak mahal. Umpan kami mengguna teknologi USA, bukan hanya umpan yang biasa. Berdaftar di Lembaga Racun Makhluk Perosak Malaysia, dan disahkan selamat untuk pengguna. Mempunyai 2 makmal kajian di USA dan Australia bagi benua Asia.

Umpan anai-anai akan dipasang di atas laluan anai-anai

Umpan yang kami guna telah diguna hampir di 20 negara seperti di USA, Eropah, Asia, dan Asia Tenggara. Di Malaysia sendiri lebih dari 100 senarai senarai pelanggan yang telah mengguna umpan ini. Di antara yang telah mendapat manfaat dari umpan ini ialah Istana Johor dan Pahang, hotel-hotel 5 bintang, pejabat-pejabat kerajaan dan bangunan swasta. Boleh lihat senarai di link ini http://www.exterra.com/success-stories.php

Mengapa Umpan Kami Berbeza?

Umpan anai-anai kami berbeza dengan umpan yang dijual di atas talian kerana;

  • Berdaftar di Lembaga Racun Mahluk Perosak
  • Mempunyai maklumat lengkap bahan beracun di dalam umpan anai-anai
  • Selamat dan disahkan oleh Lembaga Racun Makhluk Perosak dan Jabatan Pertanian Malaysia
  • Pemasang umpan anai-anai kami terlatih dan berlesen di Jabatan Pertanian Malaysia
  • Susulan setiap 2-4 minggu (lebih kurang 6 kali lawatan) untuk menambah umpan baharu, sehingga seluruh anai-anai terhapus
  • JAMINAN SETAHUN dan di dalam tempoh tersebut, jika masih terdapat anai-anai ia adalah tanggungjawab kami.
Umpan anai-anai yang siap dipasang

Prosedur Untuk Memasang Umpan Anai-Anai

Anai-anai yang sudah memakan umpan

Prosedur standard sebelum memasang umpan anai-anai ialah;

  • PEMERIKSAAN PERCUMA – hanya sah sekitar Lembah Klang sahaja
  • Sewaktu pemeriksaan KAKITANGAN TERLATIH KAMI akan mengenal pasti spesis anai-anai
  • Kakitangan kami akan menawarkan harga rawatan umpan anai-anai
  • Sekiranya anda bersetuju, kami akan memasang umpan di laluan anai-anai tersebut
  • PERJANJIAN rawatan umpan anai-anai akan disediakan
  • Selepas KAKITANGAN TERLATIH KAMI mengesahkan seluruh anai-anai terhapus, JAMINAN SETAHUN akan bermula
  • SIJIL JAMINAN akan diberi
  • Sekiranya sewaktu di dalam tempoh JAMINAN, masih terdapat anai-anai. Pihak kami akan meneruskan rawatan TANPA KOS TAMBAHAN
  • Ini bermakna sepanjang tempoh anda bersetuju untuk mengambil pakej RAWATAN UMPAN ANAI-ANAI, lebih daripada 400 hari premis anda di bawah TANGGUNGJAWAB KAMI.
Umpan ini selepas 7 minggu dan telah menghapuskan seluruh sarang anai-anai

Bagaimana untuk menghubungi kami?

Tuan puan boleh menghubungi kami dengan beberapa cara

  • Mengguna sistem chat yang terdapat di sebelah kanan web ini
  • Telefon pejabat di nombor 03-89121087
  • Mengguna whatsapp dengan klik link di sebelah kanan web ini
  • Klik link ini untuk terus ke Whatapp Web https://wa.link/r7txgu

Leave a Reply