Lebih 23 tahun kami telah berkecimpung di dalam industri kawalan serangga atau pest control. Anai-anai adalah serangga yang sangat sukar untuk dikawal atau dihapus. Memerlukan pengalaman dan kemahiran yang tinggi. Jika dulu rawatan tanah (soil treatment) adalah rawatan yang paling berkesan selain dari rawatan, spot treatment, powder treatment, foam treatment dan lain-lain. Namun sasaran utama untuk menghapus si ratu anai-anai jarang terlaksana.

Ratu anai-anai adalah kilang telur, setiap 3 saat sebiji telur akan terhasil, di dalam masa 24 jam lebih 10,000 biji telur telah terhasil. Dari setiap biji telur akan terhasil bakal ratu dan raja (kelekatu), pekerja dan askar. Ancaman dari seekor ratu adalah tidak dapat dijangka dari akal fikiran kita kerana anai-anai adalah serangga yang memakan kayu. Malah telah terdapat kematian akibat terkena struktur kayu yang telah rosak dimakan anai-anai.

Habit anai-anai mencari makanan dan membawa pulang ke sarang

Terdapat lebih 2,000 spesis anai-anai di dunia. Di Malaysia paling kerap ditemui merosakkan harta benda ialah dari spesis Coptotermes. Spesis ini adalah spesis subteranean iaitu bersarang di bawah tanah dan sangat agresif mencari makanan. Walaupun lebih 2,000 spesis anai-anai, habit mereka masih sama iaitu mencari makanan dan membawa pulang ke sarang!

Anai-anai hidup secara bersosial, anai-anai pekerja tugasnya mencari makanan dan membawa pulang ke sarang. Selepas membawa pulang makanan, mereka (anai-anai pekerja) akan memuntahkan makanan untuk dikongsi makanan termasuk kepada ratu anai-anai. Seterusnya di dalam tempoh 4-8 minggu ratu anai-anai akan mati. Tanpa ratu anai-anai kilang telur maka berakhirlah riwayat koloni anai-anai tersebut.

Umpan anai-anai dicipta hasil dari saintis mengkaji habit anai-anai. Jika mengguna kaedah tradisional seperti soil treatment, kebarangkalian untuk membunuh ratu anai-anai adalah tipis.

Bukan bermaksud soil treatment atau rawatan tanah tidak berkesan. Soil treatment memerlukan kerja pengerudian dan menyuntik racun anti anai-anai di dalam lubang tersebut dan akan tersebar di bawah tanah. Konsep ini menjadikan tanah tersebut bertoksik kepada anai-anai dan tidak boleh memasuki rumah dari bawah tanah.

Namun sistem umpan anai-anai adalah mensasarkan ratu anai-anai. Menghapus punca pembiakkan anai-anai tanpa perlu merosakkan lantai.

Cuba lihat video ini, di mana anai-anai terus mencari makanan walaupun sudah nazak dan tidak lari sewaktu umpan dibuka. Ini adalah peringkat terakhir di dalam proses umpan anai-anai. Umpan akan menjadi berkulat dan terdapat anai-anai yang agak lemah pergerakkannya dan ada juga yang telah mati.

Umpan yang kami guna bergred tinggi dan telah digunakan di lebih 20 negara. Sepanjang kami mengguna umpan ini kesemua kes yang telah dipasang anai-anai akan terhapus di dalam tempoh 4-8 minggu!

Bagaimana proses sewaktu memasang umpan?

Proses untuk memasang umpan adalah seperti berikut :

1. Membuat pemeriksaan PERCUMA di premis atau tuan rumah nyatakan lokasi, jenis rumah dan gambar atau video yang menunjukkan kesan atau anai-anai yang hidup.

2. JANGAN SPRAY anai-anai tersebut jika ingin memasang umpan

3. Selepas itu kami akan cadangkan pakej rawatan dan harga (terdapat 2 pakej harga)

4. Setelah dipersetujui, tarikh dan masa akan ditetapkan untuk pemasangan pertama UMPAN ANAI-ANAI. Tidak ada had umpan yang akan dipasang sehingga kesemua anai-anai terhapus

5. Selepas pemasangan pertama di dalam proses seterusnya kami akan membuat lawatan setiap 2-3 mingg. Lawatan untuk memantau umpan dan menambah umpan baharu.

6. Pemantauan akan dibuat sehingga anai-anai berhenti memakan umpan. JAMINAN akan bermula selepas anai-anai berhenti memakan umpan dan disahkan telah terhapus sepenuhnya

Apa itu PEMERIKSAAN PERCUMA?

PEMERIKSAAN PERCUMA bermaksud tidak ada kos yang akan dicaj sewaktu kami datang untuk membuat pemeriksaan. Pemeriksaan percuma hanya tertakluk di sekitar LEMBAH KLANG sahaja.







Leave a Reply