Tikus boleh membawa pelbagai penyakit merbahaya dan sehingga boleh membawa maut. Di antara penyakit paling sinonim ialah kecing tikus ataupun leptospirosis. Tikus juga boleh membawa pest lain di dalam bulunya seperti kutu, hama dan pepijat.

Tikus sangat rajin bekerja dan mencari jalan untuk memasuki rumah atau premis kediaman untuk mencari makanan. Selain menyebar penyakit merbahaya tikus juga sangat berpotensi membawa bencana kepada rumah kediaman dan perniagaan. Mengawal tikus bukanlah perkara yang boleh dipandang remeh.

Kesan buruk kepada perniagaan

Tikus mampu memberi impak kepada sesuatu perniagaan terutama melibatkan perniagaan restoran dan kilang menyediakan makanan. Selain dari itu tikus juga :

  • Boleh mengakibatkan kerugian dan kehilangan kepercayaan dari pelanggan dan pekerja, terutama di dalam bidang memprosesan makanan, industri makanan dan minuman
  • Kerugian akibat kerosakan alat-alatan, seperti komputer, barang-barang eletrik dan perabut
  • Tikus juga boleh mengakibatkan produk tercemar dan perlu ditarik keluar dari pasaran (recalls), kemungkinan terdapat pelanggan yang jatuh sakit dan meninggal dunia akibat mengguna produk keluaran anda..
  • Pemilik perniagaan juga berkemungkinan akan disaman dan perniagaan ditutup.

Kaedah kawalan tikus

Tikus adalah mamalia yang agak sukar dikawal, tetapi dengan pengalaman dan kaedah yang sesuai gangguan tikus akan dapat dikawal dengan optima. Kaedah yang sangat berkesan dan telah terbukti ialah:

  1. Mengguna umpan pellet yang akan diletak di dalam TRBS. TRBS ialah sistem umpan kotak berkunci yang pelbagai guna. TRBS digunakan untuk mengumpan tikus, pemantaun populasi tikus dan boleh diguna sebagai perangkap tikus.
  1. Menyekat laluan dan sumber makanan tikus (rat proofing)

Untuk info lanjut dan cadangan kawalan tikus sila telefon atau whatsapp kami di 019-3955611. Pemeriksaan PERCUMA di sekitar Lembah Klang