INFOGRAPHIC UMPAN ANAI-ANAI

Kenapa terus “tembak” ke sarang? Untuk memudahkan cerita admin tulis tembak hehe.. Umpan adalah konsep “straight to the point“. Kita bagi anai-anai makan dan pekerja (worker) akan bawa balik ke sarang untuk dimakan bersama-sama penduduk koloni yang berjumlah jutaan ekor anai-anai termasuk permaisuri anai-anai. Jika sistem komputer kita seolah-olah menghantar virus trojan ke sarang tanpa disedari koloni anai-anai.

ANAI-ANAI ASKAR (SOLDIER) AKAN SEGERA KELUAR UNTUK MEMPERTAHANKAN SARANG ATAU TEMPAT LALUAN MAKANAN MEREKA

Secara fakta

  • NASIB BAIK anai-anai HANYA MAMPU MAKAN KAYU seberat 0.01 gram
  • MALANGNYA sewaktu mencari makanan bukan seekor yang datang tetapi beribu-ribu dan mungkin berjuta-juta ekor anai-anai
  • Bahan berkayu di dalam rumah kita walaupun sudah lama tetapi masih terdapat lembapan sekurang-kurangnya 36%. Sekiranya berhampiran kawasan itu terdapat lembapan seperti kebocoran atau bilik air akan menambah risiko anai-anai akan datang mencari makanan.
  • Semut mengambil protein dari gula dan anai-anai dari selulos kayu.
  • Setiap 3 saat permaisuri anai-anai akan bertelur sebiji telur. Di dalam tempoh 24 jam akan terhasil secara purata 30,000 biji telur dan di dalam setahun lebih kurang 10,950.00 biji telur!!
  • Permasuri anai-anai biasanya hidup lebih kurang 20 tahun. Jika dicongak jumlah telur selama 20 tahun, akan terdapat 219,000.00 biji telur!!
  • Saiz permasuri anai-anai pada kadar biasa ialah 17 mm tetapi pernah direkodkan terdapat permaisuri anai sebesar 10 cm dan merupakan permaisuri anai-anai terbesar pernah ditemui.
  • Semakin lama permaisuri akan menjadi bertambah gemuk dan akan berpeluh dengan banyak. Anak-anak permasuri anai-anai akan menjilat tubuh permaisuri secara lembut dan berterusan.
  • Apabila permaisuri bertambah tua dan sudah tidak mampu bertelur, anak-anak permaisuri ini akan memakan beliau hidup-hidup untuk mendapat protein dari tubuh gemuk dan berjus permaisuri anai-anai.

    Fakta-fakta ini diambil dari kajian penyelidik Smithsonian Institute dan National Geographic.

Bagaimana Umpan Anai-Anai Mampu Memusnahkan Satu Koloni Anai-Anai?

Hasil kajian bertahun-tahun pengeluar umpan telah berjaya merumuskan sistem umpan yang tidak mampu ditolak oleh anai-anai. Anai-anai sangat peka dengan persekitaraan walaupun anai-anai pekerja adalah buta jika terjadi kematian komrad mereka seperti disembur aerosol atau racun serangga. Mereka akan segera meninggalkan laluan tersebut dan bukan selama-lamanya tetapi mencari jalan baharu.

Umpan yang kami gunakan telah diguna dilebih 20 negara, dan kejayaan menghapus anai-anai tanpa disedari anai-anai. Anai-anai akan memakan dan umpan ini akan mengganggu perut dan proses kitaran hidup seperti menyalin kulit. Akibat dari kesan itu anai-anai akan mati di dalam sarang dan komrad anai-anai di dalam sarang akan menganggap kematian komrad mereka adalah kematian biasa DAN mereka akan memakan komrad mereka.

Maka tanpa di sedari racun yang terdapat di dalam umpan tersebut akan tersebar ke seluruh sarang termasuk permasuri dan raja anai-anai. Maka selepas itu seluruh koloni di dalam sarang akan mati dan serangan anai-anai akan terhenti.

Mengapa Ramai Yang Suka Rawatan Pengumpanan Anai-Anai?

Jika kaedah tradisional sewaktu rawatan akan mengganggu rutin pada hari tersebut. Bunyi bising dari alat gerudi dan mesin pengepam, berhabuk dan kotor dan memakan masa berjam-jam. Sebaliknya rawatan pengumpanan ;

  1. Tidak perlu menebuk lantai
  2. Hanya mengambil masa 15-30 minit pemasangan.
  3. Tidak menganggu rutin harian dan menganggu jiran dengan bunyi bising.
  4. Sangat selamat dan tidak mendatangkan mudarat kepada kanak-kanak dan haiwan peliharaan.
  5. Lawatan susulan setiap 2 – 4 minggu.
  6. Selepas DISAHKAN anai-anai telah terhapus JAMINAN SETAHUN akan bermula.
  7. Anai-anai akan berhenti mencari makan dan merosak kawasan lain sebaliknya bertumpu hanya kepada umpan sahaja.
  8. Kos rawatan lebih murah berbanding kaedah tebuk lantai

Jika rumah anda telah diserang anai-anai dan berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pemasangan umpan anai-anai.

Kami menyediakan PEMERIKSAAN PERCUMA di sekitar Lembah Klang. Sila klik link whatsapp di bawah untuk membuat temujanji bersama pakar pemasangan umpan kami untuk PEMERIKSAAN PERCUMA

  1. https://bit.ly/2QTHSfD
  2. https://bit.ly/3snm8FX
  3. https://bit.ly/3a7JpFc

Leave a Reply