Harga untuk bunuh anai-anai mahal sangat?

Sebagai contoh ada customer kata dia dapat offer untuk kawal anai-anai di rumah teres 20×70 hanya RM995!! serta warranty 3 tahun.

Memang murah gila, dan admin terus mengalah dan kata panggillah orang tu buat. Admin tak mampu buat dengan harga tu.

Kenapa pco (pest control operator) tu boleh bagi harga semurah tu? Antara sebabnya :

1. Mereka guna racun “busuk” yang murah. Racun ini hanya sesuai untuk diguna di ladang shj. Racun ini sangat kuat baunya sehingga ada customer yg mengadu sesak nafas.

2. Jarak dan jumlah lubang yang tidak ikut spec. Jarak antara lubang ialah 3 kaki tetapi admin pernah jumpa jaraknya 6-7 kaki. Jumlah lubang jika ikut spec ialah sebanyak 100-120 lubang.

3. Jumlah racun disuntik tidak ikut spec, jika ikut spec 1 lubang disuntik dgn 5 liter bancuhan racun, tetapi ada yg hanya menyuntik 1 liter. Spec standard racun bancuhan utk 1 rumah ialah lebih kurang 500 liter.

Mengapa harga berbeza?

Harga di antara pco yang berbeza adalah disebabkan oleh perbezaan racun yang digunakan. Racun busuk mengguna bahan aktif yang lama, yang sudah berpuluh tahun digunakan. Ada sesetengah racun sudah pun di banned oleh Jabatan Pertanian Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar kerana bahan aktif racun tersebut telah memusnahkan ecosistem tanah.

Ini ialah perbezaan harga antara pco yang bagi harga murah dan harga standard untuk bunuh anai-anai. Apa guna bayar murah tetapi masalah tak settle? Harta benda tetap rosak dan kena belanja utk panggil pco lain pula, dah berganda-ganda kos tu kan ?

Admin bagi contoh mudah agar boleh faham, kalau cerita detail mengenai perbezaan racun busuk dan racun mahal yang tak berbau, kita kena berjumpa sewaktu inspection hehe.

PEMERIKSAAN ADALAH PERCUMA jadi jangan risau untuk call atau whatsapp 0193955611

4 Comments

  • Salawati Sahar says:

    Berapa harga drilling treatment utk anai anai? Rumah 20×70?

    • Khairul Anwar Mustofa Al-Haj says:

      Untuk drilling treatment bagi kawal dan hapus anai-anai ialah RM1800 dan jaminan untuk 1 tahun. Jika ingin membuat inspection boleh call atau whatsapp ke 0193955611

  • muhamad sahrizan says:

    berapa kos kerja rawatan anai anai dengan menggunakan racun premis 200 SC untuk corrective treatment termasuk kerja menampal semula lubang dgn simen grout. anggaran 1100 lubang

    • Khairul Anwar Mustofa Al-Haj says:

      Mohon maaf kami baru terbaca, kerja termasuk drilling ke?
      boleh dapatkan no telefon & whatsapp.
      Boleh tahu lokasi kerja di mana tu ye?
      No whatsapp kami 019-3955611

Leave a Reply