Walaupun anai-anai adalah musuh saya, dan saya tidak akan bagi muka kepada anai-anai jika terjumpa, kompom saya akan belasah sampai ke bawah tanah. Walaupun anai-anai itu musuh, secara diam-diam saya amat respek dengan anai-anai, respek dengan cara mereka bekerja secara “team work” dan tidak pandai kipas mengipas

ants

bos mereka untuk kenaikan pangkat. Motif utama mereka adalah mencari makanan dan survival koloni mereka terutama Permaisuri Anai-Anai yang kerjanya bertelur sehingga ribuan telur sehari.

Anai-anai seperti mahkluk yang lain memerlukan air dan area paling popular yang akan mereka attack ialah area yang lembab dan ada kayu!. Secara purata saya amat kerap melihat anai-anai akan attack stor, kerana stor terdapat kotak-kotak yang keras iaitu dari selulos kayu yang amat lazat dan stor juga amat lembab.

24f9ae_f8c3304551534e35bd0ece67ce500ac0

Anai-anai pekerja dan askar dilahirkan buta dan tanpa jantina, terdapat 3 hieraki di dalam kehidupan singkat mereka iaitu pekerja, askar dan permaisuri. Anai-anai pekerja dan askar akan bekerja siang dan malam untuk mencari makanan untuk koloni mereka. Anai-anai sangat cermat dan kerja berpasukan membina terowong lumpur (mud tunnel) mengguna air liur mereka. Sarang mereka amat kemas, cantik dan kukuh, kalau setakat guna tangan kita tidak boleh menghancurkan sarang mereka. Kalau tak percaya cubalah pecahkan busut anai-anai guna tangan jer hehe

Sarang di bawah pentas sekolah tersebut

Sarang di bawah pentas sekolah tersebut

2 hari lepas saya mendapat panggilan untuk membuat pemeriksaan anai-anai di sebuah sekolah di Putrajaya. Pihak sekolah telah menyedari “tetamu” yang kuat makan kayu ni sejak 1-2 tahun lepas. Mereka rasa serangan anai-anai tidak serius dan bertindak sendiri kot-kot dapat jimat bajet. Seperti yang saya katakan tadi anai-anai buat kerja tak kepoh-kepoh, mereka buat kerja dalam diam senyap-senyap tetapi kesan hasil kerja mereka sangat efektif dan produktif untuk koloni mereka.

Hasil dari kerja anai-anai yang rajin, boleh dikatakan lantai kayu di dewan dan di pentas telah rosak lebih 70 peratus. Jika pihak sekolah memanggil pakar untuk menghapus anai-anai pada peringkat awal, rasanya pentadbiran sekolah tadi dapat berjimat lebih kurang RM60-80,ooo untuk kos membuang dan memasang papan lantai kayu yang baru.

Kos Rawatan Lebih Murah Berbanding Kos Pembaikkan

Saya tidak mahir mengenai harga papan lantai kayu tersebut, tetapi secara kasar dengan keluasan 4 gelanggang badminton kosnya mungkin mencecah RM30-60,000 (atau lebih).  Berapa kos jika rawatan awal dibuat? Jika sewaktu infestasi awal kos rawatan melalui kaedah menggerudi dan menyuntik racun ke dalam tanah (corrective soil treatment) adalah sekitar RM8-10,000 sahaja, itu pun dengan jaminan 1 atau 3 tahun (mengikut kepekatan campuran racun anti anai-anai).

lantai kayu di dewan yang menempatkan gelanggang badminton telah rosak sepenuhnya di makan anai-anai

lantai kayu di dewan yang menempatkan gelanggang badminton telah rosak sepenuhnya di makan anai-anai

Bagaimana Untuk Mencegah dan Mengesan Anai-Anai?

Anda boleh membuat pemeriksaan sendiri untuk mengesan anai-anai sebelum serangan anai-anai menjadi serius dan kerosakkan menjadi besar. Caranya ialah dengan membuat pemeriksaan berkala di ;

  • Di dapur, biasanya kabinet dapur adalah dari kayu. Guna lampu suluh dan suluh seluruh kabinet. Anai-anai akan membina terowong tanah liat (termite mud tunnel) melalui rekahan seperti di laluan paip air di sinki, di lubang air, jika di dalam kabinet dapur biasanya akan ternampak kesan terowong tanah liat. Lampu suluh berfungsi untuk mengesan kesan-kesan tanah liat di kawasan yang gelap.

img_1452

  • Guna pemutar skru untuk ditekan ke permukaan kayu, jika terdapat serangan anai-anai papan kayu akan menjadi kosong dan pemutar skru akan tembus ke dalam dengan mudah.

termite-inspection

  • Periksa stor dengan kerap kerana stor adalah lokasi paling merbahaya dan kebanyakkan rumah yang saya telah periksa dan telah membuat rawatan tanah untuk anai-anai adalah bermula dari “stor bawah tangga“. Rumah teres secara purata akan terdapat stor kecil di bawah tangga (bagi rumah 2 tingkat). Di dalam stor kecil ini adalah khazanah lama anda yang akan disimpan di dalam kotak kertas keras. Kotak kertas ini sebenarnya adalah makanan paling disukai anai-anai.

termite-inspection-cavity-roof1

  • Anai-anai akan menyeberang melalui ranting kayuRanting ini mesti di pangkas (trim) untuk memastikan tidak ada sentuhan di bumbung rumah. Ranting kayu yang bersentuh dengan rumah akan menjadi laluan lintasan anai-anai untuk masuk ke rumah anda!.

termite_thru_tree_bridging

  • Kehadiran anai-anai boleh dikesan melalui bunyi. Anai-anai akan mengeluar bunyi seperti krik krik krikAnda boleh mendengar bunyi ini sewaktu rumah anda tidak ada sebarang bunyi yang bising, biasanya di tengah malam.

Sekiranya kurang yakin dengan  skill anda hehehe… sila call atau whatsapp saya untuk pemeriksaan PERCUMA … ke 019-395 5611

Leave a Reply