Biasanya apabila terjumpa anai-anai di dalam rumah, kebanyakkan pemilik rumah akan mengguna pelbagai petua untuk menghalau anai-anai dek kerana ingin berjimat. Penggunaan minyak tanah adalah petua yang paling popular untuk menghalau anai-anai. Penggunaan umpan yang dijual diinternet juga antara percubaan popular untuk berjimat cermat dari memanggil pakar untuk menghapus anai-anai. DIY atau Do It Yourself untuk menghapus anai-anai kebiasaannya 99% akan gagal kerana anai-anai adalah serangga yang bijak.
Sila tonton video Kemusnahan Akibat Anai-Anai KLIK SINI
DIY untuk menghapus dan menghalau lain-lain serangga agak berjaya berbanding anai-anai. Anai-anai adalah serangga unik yang amat berbeza berbanding lain-lain serangga. Mengapa anai-anai unik? Anai-anai sangat unik kerana mereka hidup berkasta, mempunyai taraf berbeza-beza bermula dari permaisuri, askar, pekerja dan paling unik makanan anai-anai adalah berasaskan kayu!.
Anai-anai adalah serangga yang rajin dan kreatif, mereka membina tempat tinggal yang berbentuk subterranean, sehingga disebut subterranean termite. Sarang anai-anai sangat cantik dan kemas. Permaisuri anai-anai mempunyai askar yang akan mengawal keselamatannya dan akan mendapat bekalan makanan dari pekerja yang setia. Lain-lain serangga tidak mempunyai sistem sebegini, kecuali semut yang mempunyai gaya yang hampir sama tetapi semut tidak memakan kayu!.
Anai-Anai Tidak Boleh Dikawal Secara DIY
Untuk menghapuskan anai-anai dan menghalang infestasi (serangan) terbaru dari koloni anai-anai baru, syarikat kawalan serangga atau pest control akan mencadangkan beberapa teknik kawalan pencegahan, rawatan tanah dan sistem umpan.
Rawatan Pencegahan anai-anai akan dibuat sewaktu rumah atau bangunan di dalam proses pembinaan di mana semburan racun akan disembur di sekitar tapak bangunan untuk membunuh dan membina halangan atau “barrier” untuk menghalang anai-anai dari memasuki premis. Rawatan pencegahan ini dipanggil “pre-post termite control“.
Pre-post construction atau selepas rumah atau bangunan telah siap dibina atau kerap kali disebut rawatan tanah atau corrective soil treatment adalah teknik untuk menghapus anai-anai jika rumah diserang anai-anai. Kerap kali teknik ini akan dicadangkan kepada pemilik rumah untuk kawalan jangka masa yang panjang berbanding sistem umpan yang juga berkesan cuma memerlukan masa dan kekerapan rawatan yang lebih kerap.
Harga untuk corrective soil treatment (klik sini untuk tonton video) untuk menghapus anai-anai boleh dikatakan “agak mahal” tetapi kosnya untuk premis atau rumah persendirian tidak akan melebihi RM2,000- 5,000 (mengikut saiz premis dan tempoh jaminan yang ditawarkan). Sebaliknya jika anai-anai sudah merosakkan struktur kayu seperti bumbung rumah, kos untuk membaikpulih adalah amat tinggi berbanding kos merawat anai-anai.
Harga berbeza diberikan adalah berdasarkan;
- Bagaimana keadaan serangan anai-anai dipremis tersebut, adakah peringkat awal, pertengahan dan sudah diperingkat sangat teruk.
- Saiz premis tersebut, sebagai contoh jika rumah teres 20×70 kebiasaannya, lubang yang akan digerudi ialah sebanyak 120-150 lubang atau lebih.
- Kepekatan campuran racun, sebagai contoh campuran 125 ml racun : 40 bahagian air dan 125 ml racun : 80 bahagian air akan memberi kesan dan tempoh perlindungan yang berbeza. Lagi pekat campuran racun dan air, kesan perlindungan adalah lebih lama. Jaminan yang diberikan juga berbeza mengikut campuran, lebih pekat lebih lama dan sebaliknya.
- Jaminan paling minima 1 tahun dan maksima 5 tahun.
Anai-anai boleh digambarkan sebagai kanser, di mana kanser boleh dirawat dan berupaya untuk disembuhkan jika masih diperingkat awal. Kos perubatan pada peringkat awal masih murah berbanding jika kanser sudah berada diperingkat akhir.
Jika inginkan konsultasi, pemeriksaan dan sebutharga sila telefon atau whatsapp ke 019-395 5611