Rawatan Umpan Anai-Anai.
Anai-anai hidup bersosial, terdapat kasta di dalam kehidupan mereka. Kasta paling tinggi ialah Permasuri, Raja, Kelkatu, Askar dan Pekerja. Askar dan pekerja tidak mempunyai jantina dan dikatakan buta. Hidup dan mati mereka hanya untuk bekerja. Anai-anai pekerja berkhidmat dan mencari makan untuk Permasuri, Raja dan anggota-anggota koloni, sementara anai-anai askar berkawal menjaga sarang atau laluan anai-anai mencari makanan.
Hasil kajian dari gaya hidup anai-anai yang sangar rajin mencari makanan. Maka tercipta sistem umpan anai-anai. Umpan anai-anai ini bukanlah umpan yang terus membunuh tetapi disediakan dari selulos kayu yang amat digemari oleh anai-anai.
Jangan pandang rendah kepada anai-anai, mereka sangat bijak. Jika makanan atau laluan tersebut bertoksik dan di dapati terdapat anggota koloni telah mati akibat dari laluan tersebut, maka mereka tidak akan mengambil risiko dan tidak akan melalui kawasan tersebut.
Maka umpan yang digunakan Killbug Pest Control, sangat rendah toksik dan akan berfungsi menganggu perut dan tumbesaran anai-anai sahaja.
Fakta Mengenai Anai-Anai Yang Anda Perlu Tahu.
-
Permaisuri akan bertelur 1 biji setiap 3 saat
-
Di dalam tempoh 24 jam akan terhasil 30,000 bji telur
-
Di dalam tempoh setahun akan terhasil 10,950,000 biji
-
Permaisuri agak panjang umurnya boleh mencecah sehinga 20 tahun
-
Saiz biasa permaisuri ialah 17 mm tetapi pernah direkod terdapat permaisuri anai-anai yang bersaiz 30cm. Ini adalah penemuan permaisuri anai-anai yang terbesar pernah direkodkan.
Mengawal anai-anai memerlukan kepakaran, teknik yang betul dan susulan yang berkala. Kaedah DIY adalah sangat-sangat tidak digalakkan
Bagaimana Sistem Umpan Anai-Anai (Termite Baiting Treatment) Berfungsi?
Sistem umpan anai-anai tidak seperti rawatan cecair anti anai-anai, tidak perlu penggerudian lantai. Sistem umpan anai mempunyai dua kaedah iaitu dipasang di laluan aktif anai-anai di panggil above ground (ag) termite baiting station dan dipasang didalam tanah di panggil in-ground (ig) termite baiting/interceptor baiting station disekitar premis anda untuk mengesan pergerakkan anai-anai.
Umpan anai-anai adalah kaedah tidak bertoksik yang hanya mengambil faedah dari habit anai-anai yang suka mencari makanan. Bahan umpan kami adalah dari bahan yang sangat digemari oleh anai-anai dan telah diuji di Amerika Syarikat dan Australia dan terbukti sangat berkesan untuk menghapus anai-anai di Malaysia.
Umpan ini akan merencatkan proses “menyalin kulit” untuk tumbesaran anai-anai. Jika proses ini terbantut maka anai-anai itu akan mati . Anai-anai yang mati juga di anggap sebagai kematian biasa oleh anai-anai lain di dalam koloni mereka. Anai-anai lain akan memakan anai-anai yang telah mati dan begitulah seterusnya sehingga keseluruhan koloni terhapus.
Bagaimana cara pemasangan umpan akan dilakukan?
Sebelum umpan dipasang beberapa perkara perlu diberi perhatian untuk mendapat kesan yang maksima ;
- Sekiranya ternampak anai-anai, JANGAN DIGANGGU, DISEMBUR dengan racun atau penyembur aerosol. Sebaliknya panggil kami untuk membuat Pemeriksaan PERCUMA. Sekiranya diganggu anai-anai akan bersembunyi untuk seketika dan tidak sesuai untuk memasang umpan. Pemeriksaan adalah wajib untuk mengenal pasti laluan, tahap serangan anai-anai dan mencari anai-anai yang aktif.
- Menyembur anai-anai adalah langkah yang agak merbahaya kerana mungkin anai-anai yang terselamat gagal pulang ke sarang dan akan membina sarang baharu. Kebiasaannya anai-anai akan naik ke siling rumah untuk membina sarang & koloni baharu.
- Sekiranya terdapat anai-anai aktif, umpan akan dipasang di laluan tersebut. Sekiranya tidak terdapat anai-anai aktif rawatan lain akan dicadangkan.
- Pemasangan umpan yang telah siap dan akan ditanda tarikh pemasangan untuk lawatan susulan.
Anda juga boleh melawat page kami di FACEBOOK untuk info lanjut atau untuk membuat sebarang pertanyaan. Sila lawati PAGE FACEBOOK kami di @killbugpestcontrol
Faedah dari Kaedah Umpan Anai-Anai
- Tidak perlu penggerudian lantai
- Tidak menganggu alam sekitar dan jiran dengan bunyi bising
- Pemasangan umpan akan dipantau setiap dua-empat minggu sehingga umpan habis dimakan.
- Jaminan satu tahun selepas umpan telah tidak makan oleh anai-anai (ini bermakna seluruh koloni telah terhapus).
- Sokongan teknikal dari makmal tempatan dan antarabangsa
Lawatan susulan untuk memeriksa dan menambah umpan
Lawatan susulan akan ditentukan oleh juruteknik kami, mengikut seperti dibawah:
- Tahap infestasi anai-anai, jika infestasi rendah lawatan susulan akan dibuat di dalam masa 4 minggu.
- Sekiranya tahap infestasi amat tinggi, lawatan susulan akan dibuat selepas 2 minggu.