Rawatan Tanah – Racun Cecair Anti Anai-Anai
Kami mencadangkan setiap pemilik rumah atau premis mendapatkan pemeriksaan anai-anai oleh individu profesional dan terlatih setiap tahun bagi memastikan harta anda bebas dari anai-anai.
Selain dari memusnahkan harta benda, anai-anai juga boleh mendatangkan kecederaan atau kematian. Jika anda masih ingat bagaimana seorang suri rumah telah meninggal dunia akibat ditimpa almari kasut yang dimakan anai-anai.
Salah satu rawatan yang paling lama telah dipraktikan dan sangat berkesan ialah rawatan racun cecair anti anai-anai. Kaedah rawatan ini juga dipanggil kaedah rawatan tanah (soil treatment).
Di mana perimeter rumah ditebuk dan disuntik racun untuk menghasilkan lapisan pencegah bagi anai-anai memasuki rumah atau premis anda.
Kenapa Killbug Pest Control?
Kami telah berpengalaman lebih sedekad menguruskan rawatan anai-anai di rumah persendirian, bangunan dan sekolah. Juruteknik kami adalah terlatih dan akan memastikan kekemasan kerja sehingga pelanggan berpuashati.
Faedah Rawatan
- Zon terawat yang mengguna kaedah rawatan cecair anti anai-anai (rawatan tanah) sangat berkesan untuk menghapus, mengawal dan menghalang infestasi anai-anai.
- Perlindungan dari anai-anai selama 5-10 tahun mengikut label pengeluar racun anti anai-anai.
- Jaminan 2-5 tahun mengikut kontrak yang dipersetujui dan ditandatangani.
- Rawatan susulan PERCUMA sepanjang tempoh jaminan
Anda temui anai-anai dirumah anda? atau anda tidak pasti adakah itu anai-anai? Sila hubungi kami di 019-3955611
Jika ingin whatsapp kami sila scan Q code di bawah :