tom-jerry-kids-full-hd-wallpaper-ipod

Kartun si kucing Tom dan si tikus Jerry memang kelakar gila, tak jemu tengok dari zaman admin kanak-kanak sehinggalah admin dah ada cucu sekarang ni hehe.. si Jerry memang power, karekter Jerry yang cerdik sering kali menjadikan Tom mangsa bulinya.

Di dunia nyata tikus sememangnya cerdik, mempunyai kemahiran survival yang tinggi, membiak dengan pantas dan walaupun kelihatan comel, tikus mampu membawa bakteria yang boleh membawa maut iaitu bakteria Leptospirosis atau panggilan mudah “wabak kencing tikus“.

Terdapat 3 jenis tikus yang biasanya akan “menumpang” di dalam rumah kita, species tikus yang kerap ditemui di rumah, restoran, hotel atau ditempat awam seperti tama tema dan kawasan reakreasi ialah ;

  • Norway rat
  • Roof rat (bumbung)
  • House mice (cencorot)

Untuk mengenal pasti species tikus yang “menumpang” rumah kita, ialah dengan mengenal pasti bentuk najis (drops) tikus dan kesan tapak kaki tikus tersebut.

mda_image45_21234_7

 

Tedapat perbezaan bentuk najis di antara Norway rat dengan cencorot.

abc_rodent_droppings

Jika anda terjumpa bentuk najis yang hujungnya bulat, ini bermakna terdapat tikus Norway rat sebaliknya jika hujung najis tersebut agak tajam ini bermakna ia adalah milik house mice atau rodent.

Bagaimana cara membanteras tikus?

Kaedah membanteras tikus agak sama dari dahulu hingga sekarang, yang berbeza hanyalah bahan dan teknik umpan serta perangkap yang lebih moden. Kaedah biasa yang akan dibuat oleh syarikat kawalan serangga ialah;

  • Langkah awal – Mengenal pasti species dan populasi tikus mengguna umpan yang tidak beracun tetapi terdapat bahan yang akan menjadikan najis tikus akan bersinar jika disuluh oleh lampu. Jumlah najis yang dihasilkan akan dapat menentukan populasi tikus di kawasan tersebut. Seterusnya plan kawalan akan dapat dibuat mengikut jumlah tikus tersebut
Najis tikus akan bersinar bila disuluh

Najis tikus akan bersinar bila disuluh

  • Langkah awal kedua (kosnya agak mahal tetapi lagi efektif) – sekiranya pemilik kediaman atau bangunan itu inginkan keputusan hasil dari bukti berapa ekor tikus yang mati, kaedah mengguna Rat Sex Trap Pheromone akan digunakan. Kos pheromone ini agak tinggi tetapi hasilnya memang cepat, pasang hari ni esok kutip bangkainya. Mari lihat videonya

provoke3

  • TRBS atau Tamper Resistant Bait Station For Rat – konsep umpan mengguna bekas yang tertutup dan berkunci. TRBS sangat selamat kerana bekasnya berkunci dan sesuai untuk semua lokasi. TRBS tidak mudah dibuka jadi ia sangat selamat walaupun dipasang di tadika sekali pun. Sistem umpan ini akan dilengkapi dengan umpan yang akan menarik perhatian tikus untuk mendekati dan memakan umpan tersebut. Tikus-tikus yang telah memakan umpan tersebut akan mati selepas beberapa jam dan kebiasaannya akan mati di luar premis dan berhampiran sumber air.
TRBS

Umpan akan diletak di dalam TRBS dan akan ditukar sekurang-kurangnya sebulan sekali

TRBS akan dikunci dan terdapat label mengenai bahaya racun tikus di dalamnya

TRBS akan dikunci dan terdapat label mengenai bahaya racun tikus di dalamnya

  • Kaedah mengguna Glue board atau papan bergam, kaedah ini agak ketinggalan zaman tetapi masih digunakan sehingga kini. Namun gam di atas papan ini telah diperhebatkan dengan bau yang akan menarik tikus untuk melaluinya dan akan terperangkap di atas papan tersebut.

 

Tikus yang terperangkap dan telah mati

Tikus yang terperangkap dan telah mati

Admin kurang gemar mengguna kaedah ini kerana terasa agak kejam hehehe.. tetapi teknik ini agak “bajet” harganya.

Walaubagai mana pun, untuk mengawal tikus kebersihan di dalam dan luar premis adalah sangat penting. Sekiranya kebersihan terjaga kawalan tikus akan lebih efektif berbanding di kawasan yang kotor. Oleh itu bertindaklah segera sebelum tikus ini menggugat harta dan nyawa anda serta ahli keluarga anda.

Sekiranya ingin mendapat anggaran harga rawatan tikus, sila telefon atau whatsapp, kami datang buat pemeriksaan dan anggaran harga secara PERCUMA jer …. boleh hubungi PEST CONTROL SPECIALIST kami 019-395 56  11.

Leave a Reply

Killbug Pest Control Terima kasih kerana melawat web kami, apa yang boleh kami bantu?

Any questions related to Tikus Comel Tetapi Mampu Membawa Maut?

🟢 we are online | privacy policy