Bayer adalah pengeluar racun serangga dan pharmaceutical sejak dari tahun 1863, oleh itu kredibiliti Bayer sebagai pengeluar racun serangga yang sangat berkesan tidak dapat disangkal lagi. Racun serangga yang dihasilkan oleh Bayer sangat bermutu dan penggunaan racun-racun serangga hasil dari kajian ratusan tahun ini akan memberi kesan yang amat memuaskan hati di mana para pelanggan amat jarang membuat aduan mengenai kehadiran anai-anai selepas rawatan dibuat.
Walaupun harganya 3 kali ganda mahal berbanding racun-racun serangga keluaran syarikat lain namun pelaburan untuk mengguna produk seperti Premise 200 SC sangat berbaloi.
Rawatan anai-anai bukanlah mudah kerana ia melibatkan 1 koloni yang bermastautin di bawah tanah. Semburan permukaan (surface spraying) hanya membunuh anai-anai pekerja sahaja. Sedangkan permaisuri yang begitu produktif akan menghasilkan ribuan anai-anai pekerja yang menggantikan anai-anai yang telah mati tadi, jadi kalau hanya setakat sembur di atas permukaan sahaja, anda hanya membuang masa!. Nasihat kami jika hadapi serangan anai-anai janganlah cuba untuk bertindak sendiri, panggillah pakar untuk menghapusnya.
Kami di Killbug @ STEXTS Pest Control sebelum ini mengguna racun serangga keluaran syarikat yang kurang ternama. Malangnya aduan selepas rawatan agak kerap terjadi, sebaliknya selepas kami mengguna Premise 200 SC aduan untuk membuat rawatan susulan adalah sifar buat masa ini.
Bagaimana Koloni Anai-Anai Dihapuskan Mengguna Premise 200 SC?
Kerap kali kami mencadangkan rawatan tanah (corrective soil treatment), walaupun kosnya ramai yang mengatakan agak mahal (sebenarnya kos membaik pulih 10 kali ganda mahal dari harga rawatan) bagi kediaman atau bangunan komersial ataupun premis milik kerajaan. Sebagai contoh Killbug @ STEXTS Pest Control telah membuat rawatan anai-anai di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAP). Sebanyak 6 blok asrama dan dewan makan disekolah ini telah diserang dengan hebatnya oleh anai-anai.
Cara Rawatan Corrective Soil Treatment
- Menggerudi lubang 50cm antara setiap lubang
- Jarak 15 cm dari dinding
- Pum campuran Premise 200 SC 5-6 liter ke dalam setiap lubang. Campuran racun anai-anai ini akan mengembang dibawah tanah dan akan menghasilkan “perisai” bagi menghalang anai-anai di bawah tanah untuk keluar atau masuk semula. Jika ada percubaan untuk keluar dan masuk anai-anai yang terkena “perisai’ ini akan mati
- Ketahanan campuran ini akan bertahan untuk 2-5 tahun mengikut kepekatan campuran sebagai contoh 13 ml : 10 bahagian air seperti kajian Bayer akan memberi jaminan akan bertahan selama lebih kurang 2-3 tahun, sekiranya 25ml racun : 10 liter air akan bertahan untuk lebih kurang 5 tahun.
Sekiranya rumah atau premis perniagaan anda diserang anai-anai, jangan tunggu lebih lama lagi kerana kesan kerosakkannya sangat teruk dan kos membaikpulih akan memakan kos yang sangat besar. Killbug @ STEXTS Pest Control menawarkan kos rawatan yang sangat berpatutan. Untuk mendapat anggaran kos rawatan anai-anai bolehlah telefon atau whatsapp ke 019-395 56 11. PEMERIKSAAN, ANGGARAN KOS DAN KONSULTASI ADALAH PERCUMA :), tanpa obligasi