Inground Station & Timber Insert

Inground Station & Timber Insert

Jika singa atau harimau adalah haiwan yang ganas, tetapi bagi aku anai-anai lagi ganas dari haiwan pemangsa tersebut. Jika singa dan harimau kita boleh lari untuk menyelamatkan diri tetapi jika anai-anai telah masuk rumah, kita tidak dapat lari  untuk menyelamatkan diri. Kecuali berpindah dari rumah tersebut dan beli rumah baru atau pernah sekali tu aku buat lawak dengan customer bila dah tak ada bajet nak buat rawatan.

Bangunan tersebut milik kerajaan tetapi diakibatkan bajet ciput, rawatan anai-anai hanya dibuat semburan di atas sahaja. Memang mati anai-anai yang disembur , mereka “mati syahid” demi queen mereka tetapi pekerja yang baru akan menyambung tugas anai-anai yang syahid tadi.Serangan anai-anai sangat hebat sehingga bendera Malaysia pun dikerumunnya. 

rela3

Bendera Malaysia pun jadi mangsa

Pegawai tu tanya macam mana nak solve problem ni? Bajet untuk buat rawatan suntikan racun ke dalam tanah tak ada? … lalu spontan saya jawab “kita bakar je la tuan, bina bangunan baru”  Pegawai tu punyalah gelak sampai berair mata dia hehehehe… mujur dia gelak kan kalau dia mengamuk naya aku hehe…

rela2

Cuba lihat kesan tanah seperti tanah liat tersebut. Kesan ini boleh dikatakan populasi anai-anai adalah sangat besar

Rawatan anai-anai dianggap mahal oleh customer, tetapi mereka tidak sedar jika dah jadi macam bangunan tersebut kos merepair akan mencecah 5-10 kali ganda dari kos membuat rawatan anai-anai. Customer yang mempunyai kesedaran akan membelanjakan sedikit duit untuk memelihara pelaburan paling mahal di dalam hidup mereka iaitu rumah.

2 hari lepas aku dan team dah dipanggil oleh seorang Prof untuk membuat termite baiting yang lebih berkonsep interceptor. Ini bermakna Prof tersebut mahu berjaga-jaga sebelum anai-anai menyerang banglonya. Untuk melaksanakan sistem umpan ini “inground station” dan “timber insert” dipasang sekeliling perimeter rumah untuk mengesan serangan anai-anai. Anai-anai akan tertarik dengan “timber insert” yang telah diperkuatkan dengan pheromone atau sejenis bau yang akan menarik minat anai-anai untuk mendekati umpan tersebut dan memakannya.

Inground station yang diletak timber insert

Inground station yang diletak timber insert

Kos untuk memasang sistem interceptor ini agak murah, dan berbaloi-baloi untuk dijadikan sebagai protection. Jika strategi peperangan ia dipanggil pre-emptive ..ewah dah jadi pakar peperangan pula hehehehe tapi aku memang hari-hari akan berperang dengan haiwan atau serangga yang ganas ni.

pcsrd3

Inground station ini adalah 100% bahan bebas toksik dan tidak ada kesan bahaya kepada mamalia lain termasuk manusia. Inground station ini akan ditutup mengguna tudung interlocking bagi mengelak gangguan terutama kanak-kanak yang suka bermain aje hehehe …selain dari itu untuk memastikan tidak ada unsur-unsur luar yang merosakkan timber insert di dalamnya.

Leave a Reply