Pest Control Services

Kemusnahan Akibat Anai-Anai

By June 16, 2016September 13th, 2020No Comments

STEXTS PEST CONTROL diberi kepercayaan untuk membuat rawatan menghapus anai-anai di Seksyen 23 Shah Alam. Kilang ini telah berhenti beroperasi lebih kurang 2 tahun dan pemilik baru kilang ini sedang di dalam proses untuk meneruskan aktiviti pengeluaran produk berasaskan kelapa sawit tetapi malangnya anai-anai telah merosakkan sebahagian besar struktur kayu di kilang tersebut.

Struktur kayu ini telah 100% musnah di makan anai-anai

Struktur kayu ini telah 100% musnah di makan anai-anai

Sewaktu lawatan pemeriksaan awalan di kilang tersebut, kami telah mencadangkan beberapa rawatan untuk menghapus anai-anai di kilang tersebut seperti

  1. Struktur kayu yang telah dimakan anai-anai perlu di buang terlebih dahulu
  2. Membuat Corrective Soil Treatment, teknik rawatan anai-anai dengan menyuntik racun anti anai-anai ke dalam tanah sekitar struktur kayu yang diserang anai-anai. Racun anti anai-anai tersebut akan merebak ke dalam tanah dan seterusnya memasuki sarang anai-anai. Secara teorinya racun tersebut akan membunuh anai, menjadi penghalang (barrier) kepada anai-anai yang masih hidup untuk naik ke permukaan.
  3. Selepas rawatan Corrective Soil Treatment, pemasangan Nemesis Termite Baiting System iaitu sejenis umpan untuk memantau kehadiran anai-anai baru selepas itu.
Rak pameran yang cantik ini telah musnah sepenuhnya

Rak pameran yang cantik ini telah musnah sepenuhnya

 

Kerja awalan membuang kayu-kayu yang telah rosak di makan anai-anai

Kerja awalan membuang kayu-kayu yang telah rosak di makan anai-anai

 

 

Jika anda sayangkan harta anda jangan tunggu sehingga jadi begini

Jika anda sayangkan harta anda jangan tunggu sehingga jadi begini

 

Kemusnahan yang sangat besar

Kemusnahan yang sangat besar

Setelah struktur kayu yang di anggar bermilai lebih 50 ribu dibuang, STEXTS PEST CONTROL meneruskan kerja-kerja corrective soil treatment atau rawatan tanah.

Mengorek lubang untuk menyuntik racun anti anai-anai ke dalam tanah

Mengorek lubang untuk menyuntik racun anti anai-anai ke dalam tanah

 

Menyuntik racun anti anai-anai ke dalam tanah

Menyuntik racun anti anai-anai ke dalam tanah

 

Selepas itu lubang-lubang ditampal

Selepas itu lubang-lubang ditampal

Kerja-kerja mengorek, menyuntik dan menampal akan dilaksanakan dengan cermat untuk memastikan kuantiti secukupnya racun disuntik ke dalam tanah, mengelak dari terkena paip-paip dan menampal dengan kemas semua lubang-lubang yang ditebuk.

Memasang Nemesis Termite Baiting System

Memasang Nemesis Termite Baiting System

 

Selepas corrective soil treatment dan memasang Nemesis Termite Baiting siap, langkah seterusnya menyembur anai-anai yang berada dipermukaan.

24-300

 

Sering kali pemilik rumah tidak sedar akan kehadiran anai-anai, sehingga mereka menunjukkan diri mereka. Terdapat juga pemilik rumah dan bangunan memandang rendah akan keupayaan anai-anai untuk memusnahkan harta mereka. Sehingga kerosakkan yang besar boleh terjadi tanpa disedari.

STEXTS PEST CONTROL menasihatkan pemilik rumah dan bangunan untuk memasang Nemesis Termite Baiting sebagai langkah awal untuk mengesan anai-anai sebelum mereka memasuki premis anda. Nemesis Termite Baiting menjadi alat untuk memantau kehadiran anai-anai diperingkat awal. Habit anai-anai akan memakan selulos kayu dijumpai dan seterusnya mencari punca makanan baru setelah sumber awal telah habis. Hasil dari habit ini Nemesis Termite Baiting sangat-sangat bermanfaat untuk menjadi penyekat (interceptor) anai-anai yang datang menyerang. Selepas kehadiran anai-anai di kesan rawatan awalan corrective soil treatment boleh dibuat sebagai langkah menghalang dan membunuh koloni anai-anai yang ada di kawasan rumah atau bangunan anda.

Sebelum terlambat sila hubungi kami untuk PEMERIKSAAN PERCUMA dan SEBUTHARGA. Sila telefon 0193955611 atau anda boleh juga Whatsapp ke nombor tersebut untuk membuat temujanji.

Leave a Reply