Mahal Sangat Ke, Kos Untuk Menghapus Anai-Anai?

Malangnya, kebanyakan skim perlindungan dan insuran tidak menyediakan ganti rugi terhadap kerosakan kepada pemilik rumah yang disebabkan oleh serangga anai-anai.
Jika anda mampu melihat dengan lebih dekat bagaimana anai-anai bekerja siang dan malam bekerja 24/7 untuk meranapkan semua struktur yang mempunyai selulos kayu di rumah anda.  Saya rasa anda pasti tidak akan menunggu lama untuk membuat rawatan menghapus anai-anai. Kos untuk rawatan adalah amat rendah jika dibandingkan dengan kos membaik pulih rumah yang akan menelan belanja yang besar (cuba lihat video bagaimamana anai-anai membiak, ngeri nye)

Cartoon Termite With Wood

Kita bekerja sekurang-kurangnya 8 jam sehari tetapi bagi anai-anai tak ada cuti mingguan, cuti khas, mc atau cuti umum. Bagi anai-anai pekerja (worker) dia akan berhenti bekerja apabila mati disembur racun sahaja, begitu juga anai-anai askar (soldier) yang setia mengawal Raja dan Permaisuri anai-anai.

 

Anai-anai hidup berkasta, bermula dari raja, permaisuri, pekerja, askar dan kelekatu. Kelekatu special sikit sebab terdapat jantan dan betina, boleh terbang,membiak dan membina kasta atau koloni di kawasan baru. Sebaliknya anai-anai pekerja dan askar adalah mandul. Kesiankan anai-anai pekerja dan askar hidup dan mati demi raja dan permaisuri.

 

Anai-anai menyerupai semut, kuat bekerja, buta dan mandul bagi kategori kasta pekerja dan askar. Jika rumah anda dah kena serang dengan anai-anai, anda boleh mendengar bunyi gigitan pekerja anai-anai melahap kertas atau kayu yang terdapat di dalam rumah anda. Kalau tak percaya cuba try test, tengah malam ni selepas semua ahli keluarga anda tidur, tutup tv dan cuba bersunyi-sunyi…di kala itu anda akan terdengar bunyi krik krik krik ….. itu bukan jin atau alien tetapi itu adalah bunyi anai-anai so janganlah anda sibuk baca Ayat Kursi pula hehehe… tetapi panggil saya untuk membuat pemeriksaan percuma… saya datang periksa free jer tapi kalau rawatan kena la bayar hehehe.

CORRECTIVE SOIL TREATMENT (SLAB INJECTION)

anai2

Ø Kaedah rawatan yang paling berkesan bagi mencegah dan menghapuskan anai-anai untuk jangkamasa panjang ialah Rawatan Pemulihan Tanah atau lebih dikenali dengan nama ‘Corrective Soil Treatment Method’ (Drilling Method) atau kerap juga disebut SLAB INJECTION.

Anti-Termite-Masterbatch.png_200x200

Ø Objektif rawatan ini adalah untuk mewujudkan satu rintangan bahan kimia pada tapak bangunan bagi melindungi dari serangan anai-anai untuk jangka panjang.

Teknik Rawatan

Ø Pemeriksaan yang rapi dan teliti akan dijalankan untuk mengesan lokasi anai-anai yang masih aktif pada bangunan yang terlibat.

Ø Pemeriksaan akan diutamakan pada lokasi-lokasi yang selalu diserang anai-anai seperti bingkai-bingkai pintu, tingkap, lantai-lantai carpet dan kayu-kayu dan kabinet-kabinet yang terdapat didalam bangunan /rumah.

Ø Sekiranya ditemui anai-anai yang aktif sejenis racun serbuk akan disuntik kedalam laluan/sarang anai-anai yang aktif dengan menggunakan sejenis alat khas.

Metod-Statement-for-Anti-Termite

Ø Bahan ini akan dibiarkan bertindak-balas selama 7-9 hari.

Ø Lubang bergaris pusat 18mm akan digerudi menembusi lantai bangunan pada jarak 10-15cm dari dinding / bingkai pintu dan tiang. . Lubang lubang akan digerudi pada jarak 45cm hingga 60cm dan dikedalaman 45cm.

Ø Lubang akan digerudi disekeliling bangunan dan juga lain-lain kawasan yang strategik terutama di tepi-tepi tangga, bingkai pintu dan tiang-tiang serta struktur bangunan yang terletak diatas tanah.

Ø Bahan kimia yang dicairkan dan akan disuntik ke dalam lubang-lubang sebanyak 5 liter untuk setiap lubang berdasarkan bahan kimia yang digunakan.

Ø Bahan kimia yang telah disuntik tadi akan sebati dengan tanah tapak bangunan tersebut dan ini akan dapat menghapuskan dan menghalang serangan anai-anai.

Ø Setelah bahan kimia disuntik lubang-lubang akan ditampal semula mengikut warna lantai simen yang asal.

Jangan tunggu lama-lama sangat untuk bertindak, Whatsapp saya untuk datang memeriksa kediaman anda. Saya datang SECARA PERCUMA untuk pemeriksaan dan cadangan serta sebutharga untuk sekitar BANGI, PUTRAJAYA, KAJANG dan NILAI, SEREMBAN dan KAWASAN YANG SEWAKTU DENGANNYA.

a-termites inspection

Whatsapp atau call 019-395 5611 (Anwar)

Leave a Reply