Serangga am terdiri daripada lipas, semut, lalat dan serangga merayap yang sering menjadi kacau ganggu di dalam rumah, premis penyediaan makanan, hotel dan bangunan kerajaan atau pun swasta. Perkhimatan ini juga di sebut General Pest Control Services. Biasanya ia juga melibatkan kawalan tikus.

Lipas terutama spesis Blatella germanica adalah ancaman kesihatan utama kepada pengusaha makanan seperti restoran dan hotel. Blatella germanica atau German cockroach adalah spesis lipas yang kecil. Lipas ini mampu bersembunyi untuk bertelur dan mencari makanan di celah-celah meja, lubang kecil, tepi bekas makanan dan malah lipas ini mampu bersembunyi disebalik senduk.

Di antara penyakit yang boleh dibawa oleh lipas ialah penyakit yang berkaitan perut cirit-birit (diarrhoea), dysentry dan cholera.

Kawalan Pembasmian Serangga Am

Rawatan kawalan membasmi serangga am mempunyai beberapa kaedah seperti :

  1. Semburan mengguna racun
  2. Gel umpan
  3. Lampu perangkap lalat (insect light trap)
  4. Cecair perangkap lalat
  5. Langsir PVC (PVC Curtain Strip)
  6. Jika melibatkan kawalan tikus sistem perangkap TRBS atau papan getah pelekat (glueboard) akan digunakan

Semburan mengguna racun yang digunakan oleh Killbug Pest Control adalah racun “non-repellent” dan hampir tidak mempunyai bau. Rendah toksik tetapi mampu mengawal serangga. Racun serangga ini akan meninggalkan kesan sisa baki (residue) yang akan membunuh serangga walaupun selepas 1-4 minggu selepas semburan dibuat.

Terkini terdapat kaedah yang sangat selamat untuk mengawal lipas dan semut di restoran dan tempat atau kilang penyediaan makanan. Ia di panggil “chemical non-toxic“, Jabatan Pertanian dan Jabatan Kimia tidak mendaftarkan “racun” ini sebagai racun. Bahannya di dalamnya tidak mengandungi bahan aktif yang dikategori sebagai racun.

Gel umpan ialah gel yang dirumus untuk menarik serangga terutama lipas dan semut untuk makan dan mati di sarang. Kaedah gel umpan akan digunakan di kawasan yang sensitif seperti kawasan penyediaan makanan, suis elektrik dan elektronik dan kawasan yang tidak sesuai untuk dibuat semburan mengguna air.

Kawalan Vector – Nyamuk dan Lalat

Semburan Thermal Fogging Bagi Mengawal Nyamuk Aedes dan Lalat

Kawalan vektor bermaksud agak luas, ia berkaitan kawalan mamalia seperti tikus, babi dan lain-lain, burung, serangga yang membawa pathogen penyakit kepada manusia. Di Malaysia kebiasaannya untuk mengawal nyamuk dewasa Aedes Aegypti. Pernah sekali terjadi kes nyamuk membawa virus JE (Japanese encephalitis) melalui babi di Negeri Sembilan. Penggunaan mesin fogging adalah kaedah utama untuk membunuh nyamuk dewasa yang membawa virus.

Selain fogging untuk membunuh nyamuk dewasa, kaedah larvaciding juga perlu dibuat untuk membunuh telur, larva dan pupa nyamuk. Terdapat di dalam bentuk biji (granule) dan cecair untuk mengawal telur,

Sekiranya anda mempunyai masalah serangga am sila telefon atau whatsapp kami di 019-3955611. Pemeriksaan PERCUMA di sekitar Lembah Klang