Anai-anai walaupun kecil tetapi mampu runtuhkan bumbung anda

Covid-19 mungkin akan mengakibatkan jumlah kerosakan pada tahun 2020 menjadi lebih besar akibat sekatan pergerakkan oleh kerajaan. Sekiranya di dalam 2 minggu jika tidak dipantau dan dikawal anai-anai mampu menghabiskan sebuah pintu kayu. Kini kita telah berkurung hampir seminggu bayangkan lah.

Begitu juga tikus yang sangat cepat membiak, tanpa kawalan berjadual populasi tikus akan menjadi lebih besar dan menjadi satu ancaman kesihatan kepada umum. Covid-19 belum selesai terkini Hantavirus pula timbul. Virus ini adalah berpunca dari tikus dan dikatakan berjangkit seperti Covid-19

Kami hanya dibenarkan untuk membuat perkhidmatan sanitasi sahaja. Perkhidmatan pembersihan menguna bahan cecair pembunuh kuman yang disembur mengguna alat semburan ULV (ultra low volume) yang sangat halus. Sekiranya anda ingin membuat sanitasi kuman sila whatsapp kami di 019-395 56 11

Kenapa perlu berkurung di rumah?

Berkurung atau duduk dirumah juga disebut “social distancing“, adalah untuk mengurangkan risiko virus Covid-19 berjangkit kepada individu lain oleh pembawa virus.

Virus Covid-19 sangat dahsyat dan menakutkan berbanding virus SARS yang pernah menjadi pendemik pada 2002-2003. Jika SARS hanya melalui udara, tetapi virus Covid-19 boleh berjangkit melalui sentuhan. Sentuhan terus kepada manusia, sentuhan kepada barang-barang, alat-alatan atau duit sekalipun. Oleh itu pesakit yang positif telah meningkat dengan sangat pantas.

Hanya isolasi atau pengasingan sosial yang mungkin mampu memecahkan rantaian virus ini. Kerajaan telah menyekat kemasukkan pelancong asing dan menyekat rakyat dari ke luar negara hanya semata-mata untuk memutuskan rantaian virus. Maka menjadi tanggungjawab kita untuk berusaha, bertabah dan menyeru seluruh sanak saudara untuk mematuhi arahan untuk #StayAtHome.

Ayuh rakyat Malaysia, anda boleh lakukan. Jangan tunggu Covid-19 merebak dan memusnahkan negara tercinta ini seperti di China, Itali, Iran dan Korea Selatan.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan untuk kawalan anai-anai, sanitasi membunuh kuman dan lain-lain serangga sila whatsapp atau telefon 019-395 56 11

Leave a Reply